Saturday, March 4, 2017

Perincian

Salam, nak share simple tutorial untuk menambah details pada kit korang. Sesuai untuk hg kit. Cuma handrill dan masukkan jarum dalam lubang tersebut. Boleh refer gambar yang disertakan. Kredit to owner tutorial. *Tak pasti sape 




Wednesday, February 22, 2017

Custom Kit : Pla Plate

Salam, ok lama dah tak update. Agak bz sikit dan ketiadaan idea untuk update. Hehe. Ok harini kita dah masuk bab custom kit. Bab first adalah pla plate . 



Apa itu pla plate ? 
- Pla plate merupakan helaian (styrene sheet) iaitu plastik yang menyerupai plastic model kit. Yang digunakan oleh builder untuk meng-custom kit diorang tak kira samada menambah detail ataupun membina senjata.
- Mempunyai ketebalan berbeza iaitu 0.1mm ke atas.

Pla plating 
- Pla plating bermaksud 'kepenggunaan' pla plate pada luaran kit untuk menambah detail dan dimensi pada kit. Caranya mudah. Potong - tampal - cat.

Warna 
- Mostly warnanya adalah putih, jika grey adalah ABS plastic.

Tutorial - Mula2 korang kenalah lukis, ukur dan potong pla plate tu. Korang kena menggunakan pensel, pembaris dan juga pisau. Boleh follow tutorial ni untuk memotong pla plate tersebut :






- Setelah settle potong bolehlah gam menggunakan cement pada pla plates yang lain atau pada kit. Kemudian bolehlah primer/undercoat dan mulakan mewarna :D

Alternatif kepada plaplates 
-Di samping harga pla plates original from tamiya agak mahal. Korang boleh cuba alternatif lain sebagai pengganti. Antaranya korang boleh guna kad2 lama atau file2 keras lama. Boleh juga guna lebihan runner :D

Contoh Penggunaan pla plates pada kit 



Monday, February 6, 2017

Tips Mild Panel Lining

TIPS PANEL LINING AGAR NAMPAK HALUS DAN KEMAS

OK macam post sebelum ni menggalakkan mengunakan gundam marker grey untuk part putih untuk kelihatan halus dan lebih kemas. Kali ni nak share lagi tips tambahan. 



1- lining part korang nak tu ikut mane yang korang nak contohnya dkt part kaki (wing zero honoo ni)
2- dengan menggunakan cotton bud sapu dkt hujung2 sebahagian lining tu agar nampak tajam.
3- dan inilah hasilnya. 

p/s: dalam tutorial ni semuanya menggunakan gundam marker grey, terpulang untuk gunakan hitam walaupun ianya thick tapi masih boleh je. Ikut kesesuaian.

Sunday, February 5, 2017

Top Coat



APAKAH TOPCOAT DAN FUNGSINYA ?
Topcoat adalah lapisan pelindungan untuk gunpla tak kira sama-ada untuk memberi finishing berkilat ataupun matte. Topcoat berguna untuk memberi realistik look pada model kit, tak terlalu nampak seperti 'mainan' ia juga membantuk melindungi decal2, sticker, ataupun lining dari pudar atau mudah tercabut.

kiri sebelum dan kanan selepas topcoat matte
satu lagi kebaikan topcoat adalah dapat menyorokkan 'calar' yang dibuat pada gunpla semasa proses membina
***disebabkan topcoat membuatkan kit korang menjadi permukaan kit korang sudah tidak licin maka habuk lebih mudah melekat, so kenalah selalu lakukan proses cleaning sentiasa.

CONTOH2 TOP COAT SPRAY 

antara jenama topcoat yang sesuai untuk gunpla model kit
JENIS2 TOP COAT 
  1. Matte atau flat - membuang warna kilat, memberi kesan seperti sudah dicat dgn warna yang sama. Nampak mahal dan bukan 'mainan'
  2. Semi-gloss - sederhana. tidak terlalu matte dan juga tidak terlalu berkilat
  3. Gloss - hasil berkilat dan lebih cantik.
hasil top coat gloss


CARA2 TOP COAT GUNPLA KORANG 
  1. Mula memasang gunpla korang seperti biasa. Gunakan kertas pasir untuk membuang nubmark seperti biasa.
  2. Tambah panel line seperti biasa. Gunpla Panel Lining
  3. Boleh tambah sticker pada step ini ataupun kemudian. Jika sekarang bila sudah di topcoat kelak hasilnya takkan berkilat, jika mahu sticker tersebut berkilat maka apply setelah siap topcoat.
  4. Mulakan TOPCOAT. Pisahkan gunpla korang dalam beberapa part besar sama seperti korang spray part2 biasa cuma kali ni tidak perlu specifik, cuma part besar2.
  5. Mulakan spray, tidak perlu terlalu jauh jarak nozzle dgn part. Dan spray seperti biasa.
  6. Keringkan dalam suhu bilik dalam lebih kurang sejam kemudian perlahan2 bend part agar ianya tidak melekat antara satu sama lain. 
  7. Boleh mula photoshoot dan pamerkan
JAGA2 KETIKA SPRAY/TOPCOAT

  1. Habuk, bulu, rambut - cari tempat dgn pengudaraan yang baik namun bersih dari segala habuk dan kekotoran.
  2. Suhu sejuk atau cuaca lembab - mengelakkan topcoat atau hasil spray dari menjadi frosting.
  3. Clear part - kalau boleh tanggal dahulu clear part daripada kit 
  4. Hidu toxic fumes - pakai mask agar dapat perlindungan daripada tersedut.

Lagi contoh before after topcoat 

SUMBER 
https://www.hobbyhovel.com/2010/08/tips-and-tricks-spraying-flat-top-coat-on-unpainted-models.html

https://www.gunpla101.com/top-coat-guide-for-gunpla/
http://www.mygundamtricks.com/2015/07/tutorial-dan-jenis-top-coat-untuk-gunpla.html

Wednesday, February 1, 2017

Panel Lining Menggunakan Sharpie


Want to share tutorial panel lining menggunakan sharpie. First buat mcm kiri tu. Bagi masa dalam 5 minit. Kemudian letakkan beberapa titis minyak angin (cara saya) kemudian sapu minyak angin tu pada ink td, mmg nmpk comot. Ok kemudian gunakan tisu basah atau tuala lembab td dan lap kesan ink yg comot tadi slow2 dan akhirnya jadi mcm kanan :) :)

Tuesday, January 3, 2017

Gunpla Runner Separator


Sebagai alternatif gunpla runner separator yg mahal di pasaran korang boleh diy dgn try beli hanger yg sedia ada lubang dkt atasnya ataupun boleh tebuk. Kemudian gantung/selitkan runner tu. Labelling boleh guna tape tulis huruf runner tu besar2 dkt tepi. Senanglah nak mencari nanti bila kit tu memerlukan berbelas runner. :D


#justsharing


Wednesday, December 28, 2016

Moh Join Group Gunpla



Ada banyak group2 gunpla ada dalam malaysia dan luar negara. Mana yang aktif tu tak pasti sgt. Buat masa ni admin aktif dalam group ni. Korang bolehlah join :D




Klik image atas untuk join ye. Ataupun link ni https://www.facebook.com/groups/354640148202248/