Wednesday, February 22, 2017

Custom Kit : Pla Plate

Salam, ok lama dah tak update. Agak bz sikit dan ketiadaan idea untuk update. Hehe. Ok harini kita dah masuk bab custom kit. Bab first adalah pla plate . 



Apa itu pla plate ? 
- Pla plate merupakan helaian (styrene sheet) iaitu plastik yang menyerupai plastic model kit. Yang digunakan oleh builder untuk meng-custom kit diorang tak kira samada menambah detail ataupun membina senjata.
- Mempunyai ketebalan berbeza iaitu 0.1mm ke atas.

Pla plating 
- Pla plating bermaksud 'kepenggunaan' pla plate pada luaran kit untuk menambah detail dan dimensi pada kit. Caranya mudah. Potong - tampal - cat.

Warna 
- Mostly warnanya adalah putih, jika grey adalah ABS plastic.

Tutorial - Mula2 korang kenalah lukis, ukur dan potong pla plate tu. Korang kena menggunakan pensel, pembaris dan juga pisau. Boleh follow tutorial ni untuk memotong pla plate tersebut :






- Setelah settle potong bolehlah gam menggunakan cement pada pla plates yang lain atau pada kit. Kemudian bolehlah primer/undercoat dan mulakan mewarna :D

Alternatif kepada plaplates 
-Di samping harga pla plates original from tamiya agak mahal. Korang boleh cuba alternatif lain sebagai pengganti. Antaranya korang boleh guna kad2 lama atau file2 keras lama. Boleh juga guna lebihan runner :D

Contoh Penggunaan pla plates pada kit 



No comments:

Post a Comment