Sunday, February 5, 2017

Top Coat



APAKAH TOPCOAT DAN FUNGSINYA ?
Topcoat adalah lapisan pelindungan untuk gunpla tak kira sama-ada untuk memberi finishing berkilat ataupun matte. Topcoat berguna untuk memberi realistik look pada model kit, tak terlalu nampak seperti 'mainan' ia juga membantuk melindungi decal2, sticker, ataupun lining dari pudar atau mudah tercabut.

kiri sebelum dan kanan selepas topcoat matte
satu lagi kebaikan topcoat adalah dapat menyorokkan 'calar' yang dibuat pada gunpla semasa proses membina
***disebabkan topcoat membuatkan kit korang menjadi permukaan kit korang sudah tidak licin maka habuk lebih mudah melekat, so kenalah selalu lakukan proses cleaning sentiasa.

CONTOH2 TOP COAT SPRAY 

antara jenama topcoat yang sesuai untuk gunpla model kit
JENIS2 TOP COAT 
  1. Matte atau flat - membuang warna kilat, memberi kesan seperti sudah dicat dgn warna yang sama. Nampak mahal dan bukan 'mainan'
  2. Semi-gloss - sederhana. tidak terlalu matte dan juga tidak terlalu berkilat
  3. Gloss - hasil berkilat dan lebih cantik.
hasil top coat gloss


CARA2 TOP COAT GUNPLA KORANG 
  1. Mula memasang gunpla korang seperti biasa. Gunakan kertas pasir untuk membuang nubmark seperti biasa.
  2. Tambah panel line seperti biasa. Gunpla Panel Lining
  3. Boleh tambah sticker pada step ini ataupun kemudian. Jika sekarang bila sudah di topcoat kelak hasilnya takkan berkilat, jika mahu sticker tersebut berkilat maka apply setelah siap topcoat.
  4. Mulakan TOPCOAT. Pisahkan gunpla korang dalam beberapa part besar sama seperti korang spray part2 biasa cuma kali ni tidak perlu specifik, cuma part besar2.
  5. Mulakan spray, tidak perlu terlalu jauh jarak nozzle dgn part. Dan spray seperti biasa.
  6. Keringkan dalam suhu bilik dalam lebih kurang sejam kemudian perlahan2 bend part agar ianya tidak melekat antara satu sama lain. 
  7. Boleh mula photoshoot dan pamerkan
JAGA2 KETIKA SPRAY/TOPCOAT

  1. Habuk, bulu, rambut - cari tempat dgn pengudaraan yang baik namun bersih dari segala habuk dan kekotoran.
  2. Suhu sejuk atau cuaca lembab - mengelakkan topcoat atau hasil spray dari menjadi frosting.
  3. Clear part - kalau boleh tanggal dahulu clear part daripada kit 
  4. Hidu toxic fumes - pakai mask agar dapat perlindungan daripada tersedut.

Lagi contoh before after topcoat 

SUMBER 
https://www.hobbyhovel.com/2010/08/tips-and-tricks-spraying-flat-top-coat-on-unpainted-models.html

https://www.gunpla101.com/top-coat-guide-for-gunpla/
http://www.mygundamtricks.com/2015/07/tutorial-dan-jenis-top-coat-untuk-gunpla.html

No comments:

Post a Comment