Wednesday, December 28, 2016

Moh Join Group Gunpla



Ada banyak group2 gunpla ada dalam malaysia dan luar negara. Mana yang aktif tu tak pasti sgt. Buat masa ni admin aktif dalam group ni. Korang bolehlah join :D




Klik image atas untuk join ye. Ataupun link ni https://www.facebook.com/groups/354640148202248/ 

Tips Membeli Kit Online

Sejak kebelakangan ni banyak pulak kes2 scammer online terutamanya khusus pada jual beli gundam. Kepada yang baru2 tu hati2 bila nak membeli kit secara online ni. Kang tak pasal2 terbang RM yang dikumpul tu. Kan dah susah. Meh nak share tips2 membeli kit online :

1- Beli hanya pada page/website trusted atau direcommended. Pastikan dah didaftarkan dan sangat aktif. Jika ada masalah boleh rujuk pada skmm.
2- Jika mahu beli dari individu elakkan beli dgn kanak2 ataupun 'anonymous' iaitu yang cuma ada beberapa keping gambar saje di fb.
3- Search nama2 diorang di fb terlebih dahulu, mane taw nama diorang pernah dimark sebagai scammer.
4- Tanya otai2 atau mereka yang lebih mahir/biasa/pernah beli kit secara online.
5- Lihat pada rating shop atau star mereka jika dari website. Jikalau banyak negatif elakkan terus.
6- Jaga2 pada gaya penulisan si penjual, kalau terrrlalu mendesak tu sudah semestinya ada 'something wrong' dengan penjual tersebut. 


P/s: Lebih baik jikalau beli di retail tapi jangan lupa untuk check harga pasaran sesuatu kit terlebih dahulu k :D 

Tuesday, December 20, 2016

Tambah Panel Line

Yes ! Sorry kerana lambat update. Tahukah korang selain follow saje panel line sedia ada. Korang juga boleh tambah panel line sendiri ! Tujuannya adalah untuk memberi lebih detail pada kit. Yes hasilnya akan nampak lebih detail daripada original. Tapi memerlukan skill lebih sikit dan cermat. Kalau tak nanti nampak teruk pula, dah jadi battle damage. Haha. Bawah ni sample hasil kit gundam setelah ditambah panel line baru oleh builder. kredit to : https://dc23mecharts.wordpress.com/category/commision/page/8/




Antara tool untuk scribing adalah :

1- Plastic scriber yang bermata camtu
2- Dymo tape



Tutorial :

1- Buat lakaran kasar guna pensel dimata korang nak buat panel line tambahan.
2- Gunakan dymo tape utk guide mata scriber berpandukan line pensel yang korang buat tadi.
3- Aga2 je jgn terlalu deep kalau tak nanti lining yg dibuat tidak nampak terlalu tebal.
4- Bila dah siap kemaskan guna sandpaper dan lininglah mcm biasa :D
Boleh tgk video bawah ni untuk lebih info :D






Thursday, December 8, 2016

Kit Untuk Xmas !

Yosh gwing hobby buat xmas promotion ! Boleh follow link ni >

Gwing Hobby Gundam Xmas Deal

V-fin Periodic Table


Ooooo baru taw v-fin pun ada periodic table eh ? Meh tgk sikit yang mane korang minat tu.




*kredit to ODU blog :D 

Monday, December 5, 2016

Memasang Decal

Terdapat 3 jenis decal yang anda akan jumpa jika memasang gunpla kit. Berikut adalah jenis2 decal dan cara memasang decal2 tersebut.
  • STICKER BIASA - cuma peel dengan menggunakan craftknife dan kemudian applykan dimana2 part yang korang nak atau berpandukan manual. Tekan kuat sikit menggunakan jari atau cotton bud untuk lebih lekat. Sticker decal sudah precut. 
    STICKER DECAL UNTUK RG 1/144 RX78-2 GUNDAM
  • DRY DECAL - yg ni yang leceh sikit, kena potong sendiri part gunakan craft knife kemudian dengan tape transparent mahupun masking tape apply kan pada kit sekali dgn decal tersebut. goreskan guna jari atau syiling untuk lekatkan pada kit. Leceh sikit jika part yang ditampal tersebut adalah berlekuk/curves part. Mostly byk pada kit MG.Video tutorial boleh refer di bawah .

  • WATERSLIDE DECAL - ok dalam banyak2 decal yang ni paling best sebab senang apply jika tahu caranya dan hasilnya pun cantik, nipis je. Caranya mudah je potong decal yang korang nak tu kemudian rendam menggunakan tweezer kedalam air dalam kiraan 8 saat kemudian tarik dan letak pada part, tolak slow2 gunakan cotton bud dan bila dah confirm placing. guna cotton bud atau kain bersih untuk sedut kering excess water atau lebihan air. ***TIPS ADMIN JANGAN SENTUH/GUNA JARI DECAL NI SEBAB IANYA MUDAH TERLIPAT SERTA KOYAK. Biarkan kering beberapa minit baru sambung pasang decal lain. Boleh ubah tempat jika mahu dengan menggunakan cotton bud yang basah. * Kalau boleh part yang nak ditampalkan tu letak juga sedikit air. Boleh refer video tutorial dibawah .



Gunpla Panel Lining


Apakah panel lining ?

Panel lining adalah mengisi gap ruang dalam panel pada kit untuk menambah detail pada gunpla kit tersebut. Paling sesuai dan basic untuk beginner yang baru dgn gunpla tanpa perlu buat sebarang paintjob pada kit.




GM LINING MARKER




GUNDAM MARKER UNTUK LINING


Gundam Marker

Berikut merupakan panel lining marker dgn mata halus dan mudah digunakan. Cuma lukis ikut gap dan sapu guna jari ataupun cotton bud sebelum kering.

Black Gundam Marker GM01

Black Gundam Marker sangat sesui untuk gunpla yang berwarna cerah seperti Unicorn Gundam atau Zaku Mobile Suit yang berwarna merah. Sesuai juga jika anda mahukan anime-look kit :D

Gray Gundam Marker GM02

Untuk hasil lebih realistik.

Brown Gundam Marker GM03

Sesuai untuk hasilkan effect seperti karat. Ia juga sesuai untuk warna kuning atau merah.

Tutorial menggunakan GM Lining Marker ni boleh refer video2 dkt bawah ni. Sangat2 mudah ye. Perlu tgk ape yang ditunjuk tu saje. Tak perlu alih bahasa. Lol :D








Sunday, December 4, 2016

Iklan Artwork Gundam

Iklan kejap. Mempamerkan artwork digital painting. Credit to deviantart.com















Saturday, December 3, 2016

Mari Membina Gunpla !


Ok meh nak share tips dan cara2 membina gunpla secara ringkas. Huraian akan datang di post2 seterusnya :D

1- BELI MODEL KIT

Ye lah korang nak pasang model kit gunpla pastikanlah korang dah beli kit, kalau tak beli lagi camne nak pasang ye tak ? Ok beli kit bergantung pada tahap skill korang, jangan mula2 beli dah main PG, naya kalau kit tu tak menjadi. Sekurang2nya mainlah HG terlebih dahulu lebih mudah. Untuk lebih info tentang scale kit tu boleh rujuk post > SCALE GUNPLA

PELBAGAI KOLEKSI GUNPLA KITS
2- SEBELUM PASANG

Ok rileks, sebelum pasang pastikan korang check assembly manual, set content iaitu runner/sprue frame yang mencukupi. Pastikan segala huruf dan part mencukupi takde yang lost atau factory defect. Pastikan peralatan asas juga cukup. Boleh refer post ini untuk list peralatan membina/memasang gunpla > ALATAN ASAS MEMBINA GUNPLA




PROSES CHECK RUNNER DAN MANUAL
3 - MEMOTONG PART

Ok bila semua part dah nampak cukup, boleh start potong part mengikut manual. Ikut koranglah nak buat kepala dulu ke, tangan dulu ke. Kalau admin suka buat kepala dan badan terlebih dahulu. Boleh potong whole part terus atau satu persatu ikut yang diperlukan. Bila dah potong perlulah dibersihkan nubmark terlebih dahulu. Jangan terus pasang saje nanti tak cantik atau kadang2 tak boleh snapfit part tu. Contoh pasang jika dalam manual minta part XA 21 so carilah runner tertulis XA dan cari pula part 21.

KIRI : HASIL POTONG KIT DARI RUNNER .
TENGAH : HASIL KEMASKINI GUNA CRAFT KNIFE
KANAN : HASIL KEMASKINI GUNA SANDPAPER

3 - ASSEMBLY/MULA MEMASANG

Ok bila part2 tadi telah siap dipotong dan dibersihkan tiba masanya untuk korang memasang part2 tadi pastikan betul2 mengikut part tersebut, jangan terbalik atau tersalah part jika tidak part takkan mudah masuk. Pastikan confirm terlebih dahulu baru ketatkan pemasangan tersebut. Pasang pastikan mengikut nombor jika ada nombor dalam bentuk diamond so potong ikut nombor tersebut. 1> 2 > 3 dan seterusnya. Jangan langkau atau pasang lain dahulu takut jika ada tersilap atau tertinggal dah susah nak cabut balik kan. :D

PART YANG DAH DIPOTONG DAN DIPASANG MENGIKUT MANUAL

4- LINING

Untuk menambah detail pada part gunakan gundam marker lining untuk lining. Caranya mudah saje cuma lukis line di atas gap yang anda nampak kemudian sapu/wipe guna jari ataupun cotton bud. Nanti admin terangkan di post akan datang.


SEBELUM DAN SELEPAS PANEL LINING

5- MEMASANG DECAL

Untuk tambah lebih cantik boleh tambah decal pada gunpla kit tersebut. Decal ada pelbagai jenis, sticker biasa, dry decal dan waterslide decal. Info2 tentang decal ni akan admin share dalam post akan datang ye. 

BEBERAPA JENIS DECAL
6- FINISHING DAN POSE

Ok dah settle semua tu korang bolehlah kalau nak tambah warna silver sikit pada joint2 sekadar untuk finishing bagi lebih cantik. Boleh juga topcoat untuk lebih cantik. Kemudian boleh start pose untuk photography atau display perlu berhati2 jika nak buat pose tu agar takde part terpatah atau tercabut. Boleh snap di outdoor mahupun indoor. Lebih cantik jika gunakan mini studio. Mini studio boleh dapatkan dengan admin. Itu nanti admin akan ceritakan di post2 akan datang ye. 


AMAZING RED WARRIOR DALAM MINISTUDIO



Friday, December 2, 2016

Basic Tool Untuk Membina Gunpla


Berikut merupakan basic/asas untuk membina/memasang gunpla kit.

Craft Knife
1. Craft Knife. Sesuai dengan pemegang untuk memudahkan handle, beli sekali mata extra boleh ditukar jika dah tumpul kelak. Digunakan untuk membuang nubmark kesan potong dari runner. Handle with care !
Plato Cutter
2. Plato cutter. Murah je under rm15. Hasil same jgak, untuk memotong part dari runner. Cari yang jenis side cutter sebegini untuk lebih kemas. Plato cutter camni juga lebih tajam. Hati2 mudah karat. Elak pegang mata dengan jari basah !
Panel Lining Marker
3- Panel Lining Marker ni harganya lebih kurang under rm15 je. Cari yang GM01 atau GM02 200 jenis fine tip. Halus. Cara guna just lukis ikut gap pada kit dan kemudian sapu guna jari. Tutorial nanti admin selitkan pada post akan datang.
Cutting mat
4- Cutting mat ni pun kira penting juga, sesuai untuk dilapikkan atas meja korang agar tak calarlah meja korang dikelar dengan pisau tadi. Murah je, boleh cari dikedai2 buku berhampiran :D

Tweezers

5- Tweezers ni pun penting jgak lebih2 lagi untuk mengangkat atau menyambung part2 yang halus. Dan juga untuk mengangkat waterslide decal dari dulang.

Cotton bud
6- Cotton bud penting untuk menekan2 sticker pada gundam lebih2 lagi untuk menarik air dan mengubah kedudukan untuk nak set water slide decal. Berguna juga untuk menyapu lebihan ink panel marker jika tidak mahu jari anda kotor.
Sandpaper/ Kertas pasir
7- Sandpaper juga penting untuk membuang kesan nubmark yang halus. 

Scale Gunpla


First of all korang kena tahu saiz gunpla yang korang mahukan. Lihat imej di bawah : 


Ada lagi saiz2 dan kategori lain tapi itu semua special. Depend pada kemahiran masing2. Admin haritu mula dengan MG memang hasil out sikit tapi lama2 ok dah dengan improved skill. Yang terbaru admin cuma main dengan HG. Bawah ni info tambahan dan yang tiada dalam gambar :

_________________________________________________________________________

SD
Detail ★
Kesukaran ★
Harga ★
Kreativiti ★
Artikulasi ★

SD lebih kepada kanak atau sangat newbie, dan memerlukan masking dan skill yang tinggi untuk bagi cantik, terbaru ada SD-EX lebih besar/tinggi sikit dari SD dan lebih cantik tapi masih dalam context yang sama iaitu SD. range harga adalah serendah rm20- rm50

SD EX UNICORN
_________________________________________________________________________________

HG 1/144

Detail ★★
Kesukaran ★★
Harga ★
Kreativiti ★★
Artikulasi ★★★

HG besar sikit dari SD dan rendah dari MG, Hg pun sesuai untuk yang masih baru dengan gunpla kerana tak mempunyai banyak runner, warna separation yang baik. HG bahaya sikit kerana byk gundam diproduksikan kedalam saiz HG, Harga pun tidak terlalu mahal lebih kurang under rm200 untuk exclusive dan under rm100 untuk normal release
HG 0 Gundam Type ACD
_________________________________________________________________________

MG 1/100

Detail ★★★
Kesukaran ★★★
Harga ★★
Kreativiti ★★★
Artikulasi ★★★★

MG atau mastergrade lebih detail dan besar sikit dari HG dan kecil sikit dari PG. MG lebih complex pembinaannya. Mostly ada innerframe seperti RG. Lebih byk runner dan part. Namun MG tak banyak keluaran, jarang2 gunpla akan keluar MG, range harga dalam sekitar RM150 keatas untuk yang baru. 
MG Astray Blue Frame D
_________________________________________________________________________
RG 1/144

Detail ★★★
Kesukaran ★★★★
Harga ★★
Kreativiti ★★★
Artikulasi ★★★

RG atau real grade seumpama MG tapi dalam scale HG, sangat halus dan detail. Ada inner frame. Sangat mencabar jika utk builder yang berbadan besar. Articulation mungkin limited kerana detailing tersebut, seperti pengalaman admin, RG sedikit fragile dengan part halus yang mudah tercabut sana sini. Range harga dalam RM70- RM90 untuk normal release manakala RM100-RM200 untuk exclusive release terdapat lebih kurang 10 lebih RG kit dikeluarkan

RG Wing Zero Custom EW
_________________________________________________________________________________

PG 1/60

Detail ★★★★
Kesukaran ★★★★★
Harga ★★★★
Kreativiti ★★★★
Artikulasi ★★★★

PG atau perfect grade adalah paling detail antara semua ni, banyak pose yang boleh dibuat dengan kit ni cuma agak besar untuk digayakan. Sangat2 detail, ada yang siap dengan LED. Full color separation. Namun harga untuk bandai kit seperti ini agak mahal tapi berbaloi sesuai dengan harga Range harga adalah dari RM400 - RM2000 keatas bergantung pada jenis gundam tersebut.

P-Bandai: PG 1/60 Unicorn Gundam 03 Phenex [Gold Plated]
_________________________________________________________________________________

MEGASIZE 1/48

Detail ★★
Kesukaran ★★
Harga ★★
Kreativiti ★★
Artikulasi ★★


Mega saiz adalah paling besar dalam model kit gunpla, mudah dipasang. Namun tak banyak keluaran untuk mega saiz. Sangat memakan ruang. Range harga dari rm300.

MEGASIZE 1/48 RX78
_________________________________________________________________________________

Reborn 1/100

Detail ★★
Kesukaran ★★
Harga ★★
Kreativiti ★★
Artikulasi ★★



Reborn 1/100 adalah scale terbaru yang mengeluarkan gundam2 unik sebagai model kit. Buildingnya seperti HG dan agak detail namun kurang mendapat sambutan dikalangan peminat gunpla. Range harga dari rm90 - rm200 keatas.
REBORN 1/100 Nightingale 
_________________________________________________________________________________

Full mechanic 1/100

Detail ★★
Kesukaran ★★
Harga ???
Kreativiti ★★
Artikulasi ★★






Terbaru adalah full mechanic 1/100. Tak banyak info yang admin tahu. Yang pasti ia mempunyai inner frame dan lebih detail dari NG untuk IBO sebelum2 ni. Setakat ni ada dua barbatos dan dan akan datang vidar. Nanti admin update dari masa ke semasa. 
FULL MECHANIC 1/100 Barbatos
INFO TAMBAHAN :
Ada dua gunpla kit yang mahal dan besar iaitu  :
HG Neo Zeong

HG Dendrobium


Introduction Kepada Gunpla

Apakah itu gunpla ?

Gunpla adalah model kit kepada gundam yang perlu dipasang sendiri. Semua gunpla adalah berdasarkan anime/ova atau movie gundam. Terdapat pelbagai siri gundam antaranya :
  1. Mobile Suit Gundam 1978
  2. Mobile Suit Gundam WIng 1995
  3. Mobile Suit Gundam Seed 2002
  4. Mobile Suit Gundam Age 2011
  5. Gundam Build Fighter 2013
  6. Mobile Suit Gundam Iron Blooded Orphans
TRIO MGS IBO

Selain tu juga ada movie/ova seperti Mobile Suit Thunderbolt, Gunpla Builder Beginning G dan paling popular Mobile Suit Gundam Unicorn

MGS Unicorn Gundam

Dan dengan itu dari siri2 anime ni lah munculnya model kit. Peminat perlu pasang sendiri gundam mereka tak kisah samada OOB  ataupun dengan kreativiti masing2. OOB bermaksud out of box iaitu tidak ubah suai sedikit pun hasil gundam dari yang asal. Jika ada kreativiti dan idea yang lebih boleh juga customize hasil gunpla tersebut, seperti menambah senjata, menukar warna. effect dan lain2 lagi.