Monday, December 5, 2016

Memasang Decal

Terdapat 3 jenis decal yang anda akan jumpa jika memasang gunpla kit. Berikut adalah jenis2 decal dan cara memasang decal2 tersebut.
  • STICKER BIASA - cuma peel dengan menggunakan craftknife dan kemudian applykan dimana2 part yang korang nak atau berpandukan manual. Tekan kuat sikit menggunakan jari atau cotton bud untuk lebih lekat. Sticker decal sudah precut. 
    STICKER DECAL UNTUK RG 1/144 RX78-2 GUNDAM
  • DRY DECAL - yg ni yang leceh sikit, kena potong sendiri part gunakan craft knife kemudian dengan tape transparent mahupun masking tape apply kan pada kit sekali dgn decal tersebut. goreskan guna jari atau syiling untuk lekatkan pada kit. Leceh sikit jika part yang ditampal tersebut adalah berlekuk/curves part. Mostly byk pada kit MG.Video tutorial boleh refer di bawah .

  • WATERSLIDE DECAL - ok dalam banyak2 decal yang ni paling best sebab senang apply jika tahu caranya dan hasilnya pun cantik, nipis je. Caranya mudah je potong decal yang korang nak tu kemudian rendam menggunakan tweezer kedalam air dalam kiraan 8 saat kemudian tarik dan letak pada part, tolak slow2 gunakan cotton bud dan bila dah confirm placing. guna cotton bud atau kain bersih untuk sedut kering excess water atau lebihan air. ***TIPS ADMIN JANGAN SENTUH/GUNA JARI DECAL NI SEBAB IANYA MUDAH TERLIPAT SERTA KOYAK. Biarkan kering beberapa minit baru sambung pasang decal lain. Boleh ubah tempat jika mahu dengan menggunakan cotton bud yang basah. * Kalau boleh part yang nak ditampalkan tu letak juga sedikit air. Boleh refer video tutorial dibawah .



No comments:

Post a Comment