Wednesday, December 28, 2016

Tips Membeli Kit Online

Sejak kebelakangan ni banyak pulak kes2 scammer online terutamanya khusus pada jual beli gundam. Kepada yang baru2 tu hati2 bila nak membeli kit secara online ni. Kang tak pasal2 terbang RM yang dikumpul tu. Kan dah susah. Meh nak share tips2 membeli kit online :

1- Beli hanya pada page/website trusted atau direcommended. Pastikan dah didaftarkan dan sangat aktif. Jika ada masalah boleh rujuk pada skmm.
2- Jika mahu beli dari individu elakkan beli dgn kanak2 ataupun 'anonymous' iaitu yang cuma ada beberapa keping gambar saje di fb.
3- Search nama2 diorang di fb terlebih dahulu, mane taw nama diorang pernah dimark sebagai scammer.
4- Tanya otai2 atau mereka yang lebih mahir/biasa/pernah beli kit secara online.
5- Lihat pada rating shop atau star mereka jika dari website. Jikalau banyak negatif elakkan terus.
6- Jaga2 pada gaya penulisan si penjual, kalau terrrlalu mendesak tu sudah semestinya ada 'something wrong' dengan penjual tersebut. 


P/s: Lebih baik jikalau beli di retail tapi jangan lupa untuk check harga pasaran sesuatu kit terlebih dahulu k :D 

No comments:

Post a Comment