Friday, December 2, 2016

Basic Tool Untuk Membina Gunpla


Berikut merupakan basic/asas untuk membina/memasang gunpla kit.

Craft Knife
1. Craft Knife. Sesuai dengan pemegang untuk memudahkan handle, beli sekali mata extra boleh ditukar jika dah tumpul kelak. Digunakan untuk membuang nubmark kesan potong dari runner. Handle with care !
Plato Cutter
2. Plato cutter. Murah je under rm15. Hasil same jgak, untuk memotong part dari runner. Cari yang jenis side cutter sebegini untuk lebih kemas. Plato cutter camni juga lebih tajam. Hati2 mudah karat. Elak pegang mata dengan jari basah !
Panel Lining Marker
3- Panel Lining Marker ni harganya lebih kurang under rm15 je. Cari yang GM01 atau GM02 200 jenis fine tip. Halus. Cara guna just lukis ikut gap pada kit dan kemudian sapu guna jari. Tutorial nanti admin selitkan pada post akan datang.
Cutting mat
4- Cutting mat ni pun kira penting juga, sesuai untuk dilapikkan atas meja korang agar tak calarlah meja korang dikelar dengan pisau tadi. Murah je, boleh cari dikedai2 buku berhampiran :D

Tweezers

5- Tweezers ni pun penting jgak lebih2 lagi untuk mengangkat atau menyambung part2 yang halus. Dan juga untuk mengangkat waterslide decal dari dulang.

Cotton bud
6- Cotton bud penting untuk menekan2 sticker pada gundam lebih2 lagi untuk menarik air dan mengubah kedudukan untuk nak set water slide decal. Berguna juga untuk menyapu lebihan ink panel marker jika tidak mahu jari anda kotor.
Sandpaper/ Kertas pasir
7- Sandpaper juga penting untuk membuang kesan nubmark yang halus. 

No comments:

Post a Comment