1- BELI MODEL KIT
Ye lah korang nak pasang model kit gunpla pastikanlah korang dah beli kit, kalau tak beli lagi camne nak pasang ye tak ? Ok beli kit bergantung pada tahap skill korang, jangan mula2 beli dah main PG, naya kalau kit tu tak menjadi. Sekurang2nya mainlah HG terlebih dahulu lebih mudah. Untuk lebih info tentang scale kit tu boleh rujuk post > SCALE GUNPLA
PELBAGAI KOLEKSI GUNPLA KITS |
Ok rileks, sebelum pasang pastikan korang check assembly manual, set content iaitu runner/sprue frame yang mencukupi. Pastikan segala huruf dan part mencukupi takde yang lost atau factory defect. Pastikan peralatan asas juga cukup. Boleh refer post ini untuk list peralatan membina/memasang gunpla > ALATAN ASAS MEMBINA GUNPLA
PROSES CHECK RUNNER DAN MANUAL |
Ok bila semua part dah nampak cukup, boleh start potong part mengikut manual. Ikut koranglah nak buat kepala dulu ke, tangan dulu ke. Kalau admin suka buat kepala dan badan terlebih dahulu. Boleh potong whole part terus atau satu persatu ikut yang diperlukan. Bila dah potong perlulah dibersihkan nubmark terlebih dahulu. Jangan terus pasang saje nanti tak cantik atau kadang2 tak boleh snapfit part tu. Contoh pasang jika dalam manual minta part XA 21 so carilah runner tertulis XA dan cari pula part 21.
KIRI : HASIL POTONG KIT DARI RUNNER . TENGAH : HASIL KEMASKINI GUNA CRAFT KNIFE KANAN : HASIL KEMASKINI GUNA SANDPAPER |
3 - ASSEMBLY/MULA MEMASANG
Ok bila part2 tadi telah siap dipotong dan dibersihkan tiba masanya untuk korang memasang part2 tadi pastikan betul2 mengikut part tersebut, jangan terbalik atau tersalah part jika tidak part takkan mudah masuk. Pastikan confirm terlebih dahulu baru ketatkan pemasangan tersebut. Pasang pastikan mengikut nombor jika ada nombor dalam bentuk diamond so potong ikut nombor tersebut. 1> 2 > 3 dan seterusnya. Jangan langkau atau pasang lain dahulu takut jika ada tersilap atau tertinggal dah susah nak cabut balik kan. :D
PART YANG DAH DIPOTONG DAN DIPASANG MENGIKUT MANUAL |
4- LINING
Untuk menambah detail pada part gunakan gundam marker lining untuk lining. Caranya mudah saje cuma lukis line di atas gap yang anda nampak kemudian sapu/wipe guna jari ataupun cotton bud. Nanti admin terangkan di post akan datang.
SEBELUM DAN SELEPAS PANEL LINING |
5- MEMASANG DECAL
BEBERAPA JENIS DECAL |
AMAZING RED WARRIOR DALAM MINISTUDIO |
No comments:
Post a Comment